Monday, October 8, 2012

MARILAH BERSATU BANGSA MELAYU

 Duhai Melayuku.
 Yang gagah perkasa.
 Jangan bergaduh.
 Kita adalah keturunan pedagang terhebat

 Jangan biarkan bangsa kita dipijak.
 Kembalikan kerukunan Melayu


Bersatu!!

Sunday, October 7, 2012

SAYANGI SELANGOR.. KEYAKINAN DAN EGO YANG MASIH TINGGI DIBIMBANGI AKAN MEMAKAN DIRI.

        Hidung Tinggi bolehlah bermaksud tinggi diri, merasakan dirinya hebat dari orang lain. Sama ada disedari atau tidak, Si Hidung Tinggi ini lupa bahawa gelaran ini biasanya dilontar oleh orang ramai di sekelilingnya atau dalam kata lain orang lain yang menilainya bukan dirinya sendiri. Dalam konteks politik, si Hidung Belang merujuk kepada puak atau kumpulan yang merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. 

      Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Siapakah yang hebat? Siapakah pilihan rakyat dalam PRU13? Persoalan ini semakin memutar di meja kopi, media massa, facebook, twitter, blogger. Semakin ramai Si Hidung Tinggi muncul dengan hujah-hujah, fitnah-fitnah, maki-hamun mendakwa merekalah Si Raja Hidung Tinggi yang akan menjadi Raja!

BN Selangor. Jatuh di bawah pimpinan DS Mohd Khir Toyo dan barisan exco-exco dan YBnya. Gagal! Memalukan. Angkuh. Cantas mencantas atau tinggi diri. Saya rasa, istilah yang sesuai ialah Gelaran " Penyapu " iaitu sapu dan akhirnya disapu oleh KuasaRakyat. Dalam hal ini tidak timbul isu, silap rakyat memilih parti andai pemimpinnya yang membuat silap dan onar pada parti. Hidung Tinggi.

BN Selangor. Ahli BN kena sedar bahawa mereka bukan lagi kerajaan di negeri Selangor. Segala kemajuan yang telah dibina, kini bukan miliknya lagi. Mujurlah, hutang yang ditinggalkan tidak perlu dilunaskan. Kerajaan baru yang perlu melunaskan hutangnya kepada kerajaan pusat. 

        Kerajaan Negeri Selangor. Pakatan Rakyat. Mudah baginya mencari alasan. Semua kesilapan pasti akan dituding kepada kerajaan dahulu. Yang jelas, motto mereka berjaya_BN-"Be End, is true story." Selangor sudah milik kami. Kita sapu dan bagi semula penyapu !

 Siapakah Calon berwibawa bagi menegakkan kembali Barisan Nasional di Selangor? Atau, masih samakah seperti dulu? Cantas mencantas, baling batu sembunyi tangan?
    Bersihkan Calon-calon BN ini? Atau perlukah mencari pemimpin baru yang lebih bersih seperti Ahli-ahli akademik, Alim Ulama bagi membuang Status-quo BN iaitu Calon BN mestilah Ketua Bahagian atau Ahli Perniagaan Bahagian(gelaran mereka yang berduit dan berkepentingan) atau mereka yang mempunyai Hidung Tinggi di peringkat Bahagian dan tidak disukai oleh pengundi tetapi sukar dibuang pencalonannya dengan ugutan dan keegoan diri dan membelakangi pengundi. Memang diakui, tidak semua calon dari Ketua Bahagian ini liabiliti dalam parti tetapi dalam situasi sekarang, BN perlu mencari calon yang benar-benar berwibawa dan jangan terlalu yakin.
 Sayangi Selangor. Siapa anak jati yang tidak sayang? atau motto ini bermaksud, sayangi aku calon BN akan datang. Siapa? Muka baru berwibawa atau mereka yang menjadi liabiliti dalam parti?
 Si Hidung Tinggi seringkali mendabik dada bahawa mereka yakin menang. Kedua-dua pihak yakin menang. Walaupun situasi semasa membuktikan kegagalan dan kecurangan Kerajaan Negeri berkaitan isu YBK, bas dan air, cukupkah semua itu? Menariknya tentang pengundi Melayu ialah ketaksuban mereka pada pemimpin. Isu apapun yang membelenggu pemimpin mereka, mereka yakin bahawa itu  dakyah dari lawan mereka. Logikkah kes liwat dan Zina untuk diutarakan kepada pengundi kampung? Perkataan itu sungguh keji dan tak mungkin dilakukan oleh pemimpin mereka. Sudah cukupkah ilmu di dada calon BN untuk menjadi imam atau khatib Jumaat bila melawat kampung atau sekadar hulur duit, bercakap sepatah kata, jamuan makan dan sembang.
Kesimpulannya, Jangan Tinggi Diri dan yakin. Kulihat masih banyak sampah sarap dalam BN khasnya UMNO. Berjuang untuk parti atau diri? Khasnya di peringkat cawangannya. Betapa ramai yang memegang jawatan untuk jangka masa yang terlalu lama. Mengapa? Kepentingan tender dan projek? atau ketandusan pemimpin? Ayuh! buktikanlah wahai Si Hidung Tinggi! Selamat berjuang dan semoga berjaya !

Selamat Menghadapi PMR

Esok!
Bermulalah peperiksaan yang bermakna bagi pelajar Tingkatan 3.Walaupun tidak sehebat peperiksaan di zaman cikgu dulu iaitu SRP, namun peperiksaan ini, sekurang-kurangnya dapat mengukur tahap intelek pelajar bagi menuju peperiksaan yang paling penting iaitu SPM.
Selamat Maju Jaya Pelajar SMK Taman Setiawangsa.

Pelajar SMK Taman Setiawangsa boleh !!!


Friday, May 13, 2011

MEMOIR SMK TAMAN SETIAWANGSA ( Selamat Hari Guru 2011)

SMK Taman Setiawangsa

di dadamu ada ilmu yang bernyala-nyala

terang menyuluh ke jalan bahagia

pintu hatimu adalah pintu segala pelita pujangga

Gedung jiwamu telah menjadi pengukur pencapaian

hanya yang pintar mampu melonjak ke puncak impian



SMK Taman Setiawangsa

Lilin-lilinmu membakar tanpa jemu

tak mungkin terpadam di mamah waktu

di bara apinya ada manisan madu

cahayanya memancar menusuk kalbu

dalam tegas dan marahnya ada doa

semasin lidah para sang dewata

Gemerlap bersinar di puncak Setiawangsa

Kasihnya tak pudar sampai bila-bila



SMK Taman Setiawangsa

kini, anak-anakmu telah berjaya

memegang teraju layang-layangnya

sesekali takkan ia putus

jalanlah menuju ke jalan yang lurus

terbanglah terbang tinggilah tinggi

melebar sayap ke puncak awan

terbanglah terbang tinggilah tinggi

cerianya penampilan mewarnakan pencapaian

gagah berdiri menjadi bangsa yang cemerlang

Namamu terus terpahat di gelanggang impian.

sampai mati membawa kenangan...



" SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2011"

Tuesday, October 6, 2009

Rumah Terbuka Tinta Guru

Khas kepada Rakan Guru berdekatan meja (Syura, klcitizen,Kak Wan, Kak Midah, Syarifah, Faz, Kak Syam, Usth Lailatul Shima, Kak Serry dan lain-lain. Khas juga buat rakan Guru Lelaki)

Tarikh : 12 hb Oktober 2009
Hari : Isnin
Masa : Selepas balik waktu persekolahan

Hidangan Istimewa:
1. Nasi dan lauk Ayam masak Ungkep( Jawa) & ikan kembung panggang
2. Nasi impit dan kuah kacang dan sambal sotong
3. Mee hoon goreng

Datang le.. sudi-sudi la ke Teratak kecil hamba..
911, Kelompok Serindit B, Jalan 5/56 AU3, Ampang Ulu kelang
depan SK AU Keramat.
Terimakasih, Takrim dan keluarga

Monday, October 5, 2009

TRAGEDI PADANG, RIBUT TAUFAN MANILA DAN TSUNAMI DI SAMOA

WWuWak ingin berbicara tentang Tragedi yang berlaku baru-baru ini. Jelas di hati, amat sedih dan bersimpati dengan tragedi yang melanda bumi Padang, Sumatera, Manila dan Samoa. Namun, bila wak renung dalam-dalam secara tenang dan jujur, ketiga-tiga tragedi ini mempunyai sebab musabab dan kesan yang berbeza.
Tragedi Padang, Sumatera.
Secara Geografi, tidak dinafikan bumi Padang, Sumatera di Indonesia ini berada betul-betul di bawah pergerakan gunung letusan gunung berapi dan setiap 200 tahun sekali, gempa bumi dijangka akan berlaku. Ini bermakna, kejadian ini adalah putaran peristiwa yang pasti berlaku. Kematian dan targedi adalah satu petunjuk Allah tentang kekuasaanNya yang perlu diakui dengan sepenuh jiwa dan raga. ramalan dukun menyatakan kesialan Presiden SDY memang kurang akal dan mirip pengaruh Mat Lampir. Berdoalah kita, semoga yang terklibat akan dimasukkan ke Syurga dan yang masih hidup redha dan kejadian yang berlaku.
Tragedi Ribut Taufan Manila
Tragedi ini agak pelik, kerana ia berlaku berterusan dan secara ganas sekali. Seperti berlakunya Ribut Greg di Sabah, kejadian ini perlu direnung secara mendalam oleh kita semua. Sebagaimana becana ribut yang berlaku di Amerika setiap kali Amerika menyerang Iraq, kejadian ini seolah-olah satu peringatan Allah terhadap umatnya (Kerajaan Filipina) yang bertindak kejam terhadap rakyatnya yang beragama Islam di bumi Mindanao. Ingat lagi kejadian Tsunami di Acheh? Bukankah bumi itu bermandi darah dengan perang saudara dan tindakan kejam tentera Indonesia terhadap penduduk Acheh sebelum kejadian itu berlaku.? Allah tidak akan membuat kerosakan di muka bumi ini melainkan manusia itu sendiri yang membuat kerosakan, berbunuh-bunuhan sesama manusia..
Tragedi Tsunami di Samoa
Memang ia kejadian alam, namun kalau kita renung, jelas ingin menunjukkan bahawa kecanggihan manusia tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah subhanallahutaala.. Canggihnya Amerika, namun tidak dapat menahan gelombang tsunami yang melanda bumi jajahannya , Samoa..
Renung-renungkanlah..
Ya Allah, kau lindungilah kami dari bencana yang hebat, banjir besar, kemarau panjang dan jadikan diri umat Islam bersatupadu, jauhilah kami dari permusuhan dan pembunuhan sesama umat islam, amin...

SELAMAT MENGHADAPI PMR DAN SPM.

Asalamualaikum semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 SMK Taman Setiawangsa.
Cikgu ingin mengucapkan Selamat Menghadapi PMR yang akan menjelang esok..Jawab dengan tenang..Mulakan dengan Bismillah, bacalah 3 Qul.. Insyaallah akan dapat menjawab dengan tenang dan baik.
Beza PMR dan SRP zaman cikgu..
Banyak bezanya.. Cikgu rasa sistem SRP lagi baik dan berkesan.. Dulu, kalau matapelajaran Inggeris, matematik dan BM tidak lulus, maka tidak luluslah keseluruhannya.. Maka, menangislah pelajar-pelajar yang gagal..mengapa? sebab, mereka tidak dapat naik Tingkatan 4.., mereka kena return balik Tingkatan 3 dan ambil peperiksaan SRP sekali lagi..kalau adapun terpaksa masuk sekolah Vokasional( Kemahiran).. Bagi cikgu sistem ini betul dan sesuai khasnya kepada pelajar-pelajar yang gagal akademik, maka mereka perlu memilih skop kemahiran iaitu sekolah Vokasional..
Sekarang...
Lulus atau gagal.....! ape hal.. masuk juga tingkatan 4.. Masuk pulak kelas-kelas belakang..Masalah pengkelasan mengikut gredpun bermula..dan masalah disiplinpun bermula juga... Pelajar yang berkemahiran Vokasional ini hanya tahu melepak di kelas, ponteng, hisap rokok..mengapa? Mereka tak minat akademik dah.. Kalau masuk sekolah Vokasional, boleh jugak mereka mencat kereta, buat kajisawat motor, membina bata bangunan dan macam-macam lagi ni...
Sistem dulu lagi baik..
Pihak Kementerian perlu kembali ke sistem asal..?
Bahasa Cina atau Tamil..OneMalaysia..
Cikgu pelik...mengapa Bahasa Cina dan Tamil tidak diajar di Sekolah Kebangsaan sejak dulu lagi sedangkan ini penting bagi mengukuhkan perpaduan kaum.. Setidak-tidaknya letakkan guru-guru Bahasa Cina dan Tamil di Sekolah Kebangsaan.. Pelajar yang berminat boleh belajar .. jangan terlalu ego dengan Bahasa Melayu..Memang Cikgu setuju, Bahasa melayu sebagai Bahasa Rasmi..tetapi alangkah baiknya jika Orang Melayu juga boleh bertutur kedua bahasa ini.. ONEMALAYSIA BEB!