Monday, August 10, 2009

Renungan Sejenak Buat Guru-guru

Kepada guru-guru..
Zaman telah berubah..
pelajarpun telah berubah...
Dulu waktu kita sekolah, apabila cikgu kita masuk ke kelas membawa rotan, semua senyap, semua diam dan takut untuk bersuara.. tetapi kini, apabila guru membawa rotan masuk ke kelas, pelajar akan bertanya.." Cikgu, rotan tu keciklah cikgu"" apalah cikgu...sikit-sikit nak rotan..sakit lah.."
Dulu...waktu perhimpunan..apabila lagu negaraku dinyanyikan..semua pelajar berdiri macam patung..bukan hendak menjadi patung..tetapi kerana rasa cinta dan hormat pada negara dan takut pada guru.. tetapi kini...apabila lagu negaraku dinyanyikan..pelajar kurang menjiwai lagu..bergerak-gerak bagai pokok bergoyang...senyum sinis pada guru di deopan yang lebih tegak berdiri..
Dulu..bila dekat Peperiksaan SRP..pelajar semua bimbang..takut gagal....! Jika gagal..Maths, English, BM, gagallah masuk tingkatan 4..tetapi kini..semakin dekat Peperiksaan PMR..pelajar tak kisah sangatpun..sebab, bila gagal..tetap masuk tingkatan 4..
Kepada pelajar 4Gigih, 4 Maju dan 4 Ilmu..dan pelajar SMK Taman Setiawangsa

Sila jawab soalan Esei Sejarah ini.. Pelajar yang terpantas menghantar jawapan akan menerima hadiah..

1. Jelaskan hubungan saling berkait di antara Kerajaan Agraria dan Maritim? (10 Markah)

2. Jelaskan faktor-faktor penyebaran Islam di Asia Tenggara. (10 markah)

3. Berikan syarat-syarat perjanjian Aqabah 1 dan 2.

Sila hantar jawapan terus ke meja cikgu.