Monday, October 8, 2012

MARILAH BERSATU BANGSA MELAYU.

   *Orang Melayu mahir dalam pelayaran  
  
Di Malaysia, banci-banci kolonial awal memisahkan kumpulan etnik, seperti "orang Melayu, Boyan, Aceh, Jawa, Bugis, Manila (Filipina) dan Siam". Banci 1891 menggabungkan kumpulan-kumpulan etnik ini ke dalam kategori kaum digunakan di Malaysia moden - orang Cina, ‘orang Tamil dan orang asli lain India’, dan ‘orang Melayu dan penduduk asli Kepulauan’. Ini berasaskan pada pandangan orang Eropan pada masa itu bahawa bangsa itu adalah biologi asas kategori sains. Untuk banci 1901, kerajaan menasihatkan perkataan "bangsa" harus menggantikan "warga negara" di mana ia bermuncul.


      *Hang Tuah pahlawan melayu
Selepas suatu jangka masa generasi diklasifikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan ini, pengenalan individu membentukkan di keliling konsep rumpun bangsa Melayu. Untuk generasi muda pada suatu bangsa, mereka melihat ini sebagai memberikan kesatuan dan perpaduan terhadap kuasa kolonial, dan pendatang bukan Melayu. Negara Melaysia kemudian dibentukkan dengan bangsa Melayu menjadi 
kedudukan berpusat.

     "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", merujuk kata-kata keramat 
pahlawan Melayu yang terkenal-Hang Tuah. Mitos atau tidak, hakikatnya, kata-kata ini jelas membuktikan bahawa bangsa melayu ini merupakan bangsa yang hebat keturunan dari nabi Ibrahim a.s. Dalam situasi politik hari ini, tanda-tanda keretakan bangsa ini mulai ketara berdasarkan sokongan orang melayu yang berpecah kepada UMNO, PAS mahupun PKR. 

      Walaupun tidak dinafikan bahawa UMNO merupakan teras kepada perjuangan politik orang Melayu, namun, sekiranya orang melayu memandang enteng tentang perlunya perpaduan, tidak mustahil bangsa melayu yang terkenal hebat ini akan dijajah semula dari pelbagai aspek iaitu pemikiran, kuasa, agama, kebudayaan dan hakmiliknya.

      Saya suka merujuk kata-kata daripada Tan Seri Muhammad bin Muhd Taib sewaktu ditemuramah oleh Bernama. Katanya, Kalau orang Melayu hendak selamat, maka proses restorasi untuk satukan orang Melayu untuk kukuhkan diri, harus ada balik, kata calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib."Orang Melayu kena bersatu, atau kita akan ulang balik keadaan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, kera di hutan disusukan, anak dikendong mati kelaparan. 
NONE
  *Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas MB

   "Apa yang diungkapkan oleh Aminudiin Baki akan berlaku lagi. Kalau tak mahu bersatu, anak kita akan kehilangan hak," kata Muhd Taib dalam wawancara dengan Bernama.

       Umno, tegas ketua penerangan Umno itu(waktu itu), perlu restorasi untuk mendengar suara, idea orang muda dan mengekalkan perjuangan asal. "Seperti Restorasi Meiji kira-kira 150 tahun lepas. Dulu Jepun diperintah Shogun dan perang. Ia diambil alih dan dilakukan restorasi kesemua nilai-nilai yang baik, iaitu pendidikan dan ketaatan kepada raja, diterapkan. "Bila rakyat kata ini apa yang mereka mahu, rakyat akan ikut. Proses restorasi ke arah perjuangan asal mesti dilakukan," tambahnya.

*Negarawan Negara: Tun Mahathir Mohamad

       Tun Dr Mahathir, Negarawan Melayu Terulung pernah menulis dalam bukunya" Dilema Melayu" yang menyatakan tentang kekecewaannya terhadap sikap dan nasib orang melayu iaitu bangsanya. Buku tulisan beliau ini telah ditafsir sebagai satu anasir yang berbahaya dari segi pengaruh politik sehinggakan beliau telah dipecat dari UMNO pada waktu itu. 

      Tun tidak jemu-jemu memujuk, menyindir, merayu agar bangsanya sedar, insaf dan bersatu untuk menjadi bangsa yang kuat dan membuang sikap malas, hanya mengharap subsidi dan bantuan kerajaan, tidak mengamalkan rasuah dan menjadi bangsa yang terbilang yang mampu berdiri di kaki sendiri. Melalui pelbagai  usaha seperti DEB. Tun tidak berhenti untuk menyedarkan bangsanya sehingga kini melalui tulisan, ucapan mahupun wawancara merayu agar orang melayu tidak terus lena dan tertindas di buminya sendiri. Tun terus berharap agar bangsa melayu terus  menjadi satu bangsa yang gagah di nusantara.

      Saya juga suka untuk merujuk buku tulisan Tuan Khalid Salleh bertajuk " Melayukan Hilang Di Dunia" yang secara sinis membongkar pelbagai sikap dan tabiat orang melayu yang sanggup menggadai diri dan maruah untuk terus berkuasa dan ketaksuban bangsa melayu ini di dalam mempertahankan ideologi dan pemimpin yang disokong. Saya cadangkan agar orang melayu membaca buku ini untuk menambah wacana pemikiran dalam diri.

     Ayuh, orang Melayu! Marilah kita bersatu. Lupakanlah persengketaan dan ideologi politik. Jangan biarkan maruah bangsa ini diperkotak-katik oleh orang lain. Berilah sokongan kepada Dato Ser Najib Tun Razak untuk memacu kembali bangsa melayu ke arah perpaduan dan kecemerlangan. Sesungguhnya kuasa yang kita ada ini, boleh hancur bila-bila masa sahaja sekiranya kita bangsa melayu terus dengan sikap angkuh dan keegoaan. Kembalilah kepada Islam. Islam meminta kita bersatu sebagai satu ummah iaitu Melayu Islam _BERSATU ! 

        " Marilah Melayu bersatu
          Nanti Allah sayangkan kita
          Marilah Islam bersatu
         Untuk selamat dari api neraka.."

mrmohadtuckrim.





No comments:

Post a Comment