Sunday, October 7, 2012

SAYANGI SELANGOR.. KEYAKINAN DAN EGO YANG MASIH TINGGI DIBIMBANGI AKAN MEMAKAN DIRI.

        Hidung Tinggi bolehlah bermaksud tinggi diri, merasakan dirinya hebat dari orang lain. Sama ada disedari atau tidak, Si Hidung Tinggi ini lupa bahawa gelaran ini biasanya dilontar oleh orang ramai di sekelilingnya atau dalam kata lain orang lain yang menilainya bukan dirinya sendiri. Dalam konteks politik, si Hidung Belang merujuk kepada puak atau kumpulan yang merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. 

      Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Siapakah yang hebat? Siapakah pilihan rakyat dalam PRU13? Persoalan ini semakin memutar di meja kopi, media massa, facebook, twitter, blogger. Semakin ramai Si Hidung Tinggi muncul dengan hujah-hujah, fitnah-fitnah, maki-hamun mendakwa merekalah Si Raja Hidung Tinggi yang akan menjadi Raja!

BN Selangor. Jatuh di bawah pimpinan DS Mohd Khir Toyo dan barisan exco-exco dan YBnya. Gagal! Memalukan. Angkuh. Cantas mencantas atau tinggi diri. Saya rasa, istilah yang sesuai ialah Gelaran " Penyapu " iaitu sapu dan akhirnya disapu oleh KuasaRakyat. Dalam hal ini tidak timbul isu, silap rakyat memilih parti andai pemimpinnya yang membuat silap dan onar pada parti. Hidung Tinggi.

BN Selangor. Ahli BN kena sedar bahawa mereka bukan lagi kerajaan di negeri Selangor. Segala kemajuan yang telah dibina, kini bukan miliknya lagi. Mujurlah, hutang yang ditinggalkan tidak perlu dilunaskan. Kerajaan baru yang perlu melunaskan hutangnya kepada kerajaan pusat. 

        Kerajaan Negeri Selangor. Pakatan Rakyat. Mudah baginya mencari alasan. Semua kesilapan pasti akan dituding kepada kerajaan dahulu. Yang jelas, motto mereka berjaya_BN-"Be End, is true story." Selangor sudah milik kami. Kita sapu dan bagi semula penyapu !

 Siapakah Calon berwibawa bagi menegakkan kembali Barisan Nasional di Selangor? Atau, masih samakah seperti dulu? Cantas mencantas, baling batu sembunyi tangan?
    Bersihkan Calon-calon BN ini? Atau perlukah mencari pemimpin baru yang lebih bersih seperti Ahli-ahli akademik, Alim Ulama bagi membuang Status-quo BN iaitu Calon BN mestilah Ketua Bahagian atau Ahli Perniagaan Bahagian(gelaran mereka yang berduit dan berkepentingan) atau mereka yang mempunyai Hidung Tinggi di peringkat Bahagian dan tidak disukai oleh pengundi tetapi sukar dibuang pencalonannya dengan ugutan dan keegoan diri dan membelakangi pengundi. Memang diakui, tidak semua calon dari Ketua Bahagian ini liabiliti dalam parti tetapi dalam situasi sekarang, BN perlu mencari calon yang benar-benar berwibawa dan jangan terlalu yakin.
 Sayangi Selangor. Siapa anak jati yang tidak sayang? atau motto ini bermaksud, sayangi aku calon BN akan datang. Siapa? Muka baru berwibawa atau mereka yang menjadi liabiliti dalam parti?
 Si Hidung Tinggi seringkali mendabik dada bahawa mereka yakin menang. Kedua-dua pihak yakin menang. Walaupun situasi semasa membuktikan kegagalan dan kecurangan Kerajaan Negeri berkaitan isu YBK, bas dan air, cukupkah semua itu? Menariknya tentang pengundi Melayu ialah ketaksuban mereka pada pemimpin. Isu apapun yang membelenggu pemimpin mereka, mereka yakin bahawa itu  dakyah dari lawan mereka. Logikkah kes liwat dan Zina untuk diutarakan kepada pengundi kampung? Perkataan itu sungguh keji dan tak mungkin dilakukan oleh pemimpin mereka. Sudah cukupkah ilmu di dada calon BN untuk menjadi imam atau khatib Jumaat bila melawat kampung atau sekadar hulur duit, bercakap sepatah kata, jamuan makan dan sembang.
Kesimpulannya, Jangan Tinggi Diri dan yakin. Kulihat masih banyak sampah sarap dalam BN khasnya UMNO. Berjuang untuk parti atau diri? Khasnya di peringkat cawangannya. Betapa ramai yang memegang jawatan untuk jangka masa yang terlalu lama. Mengapa? Kepentingan tender dan projek? atau ketandusan pemimpin? Ayuh! buktikanlah wahai Si Hidung Tinggi! Selamat berjuang dan semoga berjaya !

No comments:

Post a Comment